.....HaSraT SeOranG HaMBa .....


Friday, September 17, 2010

Alhamdulillah...

Tanggal 17 sept 2010, selama 16 tahun aku menetap di KL, hari ni lah hari bersejarah sebab first time semayang zohor jumaat kt MASJID NEGARA yg indah lg mempersona tuu....(haa..tgk,, org kl pun x penah semayang kt situ-unknown,2010)...bukan ape, aku semayang kt situ pun bersebab, sbb dh puas aku cari masjid area KL sentral tu (yela kowt),aq x jumpe....last skali, terserempak dgn mamat bangla [berkopiah putih + berkain putih], aku ikut la belakang die sampai la entrance masjid negara dgn keadaan basah x basah (hujan msa nk smpai tu)..................ok, back to my topic, niat asal aku sbnr nye nk share experience aku arini...I HAVE MY OWN COMPANY...!!!!!hahaha....
Arini aku pegi SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) utk dftar company baru....waktu mule2 masuk, Ya Allah, ramai btul manusia yg nk mendaftar [ x sangka plak rmai yg nk berbisnes...:-p]...kalo dh ramai, nak mengisi borang kna beratur, nak ambik no.giliran pun kena beratur, nak proses borang lagi la kna b'sabar....fuhh..
Yg peliknye td, apasal ramai org starring kt aq...pandang aku mcm ade yg x puas ati je..[ young entrepreneur kowt ]....tp x pela, this is my bussiness, ur bussiness manage urself.....ni sijil perniagaan yg aku dpt td...:-)

"ARIF AZALI SALES & SERVICES"

Jenis -jenis perniagaan yang dijalankan adalah seperti berikut :-
  1. menyediakan perkhidmatan Fotografi
  2. menjual barangan komputer & telefon bimbit
  3. memberi perkhidmatan air R.O. [vending machine]
  4. menjual ikan
    • ikan hiasan- ikan laga, ikan air masin, ikan air tawar.
Ok, setakat ni je dulu..my next step, i have to register new company account..[aduh...duit lg..sigh]..
Wassalam..

Akal Senipis Rambutnya...

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca,kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.......
mampukah kita mnjadi sehebat saidina ali...???

Thursday, September 16, 2010

Masih belum terlambat kan..???

-Selamat Hari Raya  Aidilfitri-
maaf zahir & batin
&
puasa 6 jgn lupe ye..
byk kelebihan nya...........
Renung2 kan..
Selamat Berpuasa.