.....HaSraT SeOranG HaMBa .....


Wednesday, August 11, 2010

Angan-angan menjadi kenyataan....

Salam , post kali ni juz nk share dgn sume org yg one of my dreams dh tercapai...masih byk dreams laen yg masih jauh lg untuk kejar...tp x pe, perlahan2,mesti dpt punye....
Kali ni punye dream berkisar tentang Nikon D3000 yg menjadi kegilaan aku selama beberapa tahun....hhaha..berkat kesabaran akhirnya mampu gak aku miliki....
 



Wednesday, August 4, 2010

Tahu kah anda kaum-kaum yang 'DIBINASAKAN' oleh Allah....

Ini hanyalah ringkasan sirah sahaja...tujuan nya adalah untuk memudahkan anda apabila seseorang bertanya kepada anda, kesemuanya telah di permudahkan utk mengingat....

Kaum Nabi Nuh.
-Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun, namun yang beriman hanya sekitar 80 orang. kaumnya mendustakan dan memperolokkan baginda. Allah datangkan banjir besar meneggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh sendiri.

Kaum Nabi Hud.
-Nabi Hud a.s diutus kepada Kaum Aadd.Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah datangkan angin taufan yang dahsyat dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan sehingga binasa seluruh kaum Aad.

Kaum Thamud.
-Nabi Saleh a.s. diutus kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan kebesaran Allah swt. Malangnya kaum Thamud yang engkar telah membunuh unta betina tersebut. Azab yang dahsyat menimpa, iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibrail yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.

Kaum Sadum.
-Kaum Sadum terkenal dengan amalan keji yakni perbuatan homoseksual. Nasihat dan dakwah Nabi Luth yang diutus kepada mereka tidak diendahkan, malah mereka cuba menggoda dua malaikat yang menyamar sebagai manusia yang menjadi tetamu nabi Luth. Dengan bermula satu getaran, kemudian gempa bumi yang kencang dan hujan batu sijjil, menghancurkan serta merta kota Sadum berserta semua penghuninya.

Kaum Madyan.
-Nabi Syuaib diuuskan kepada Kaum Madyan. Mereka menyembah "aikah", yakni sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Kemungkaran kaum Madyan dan tipu menipu merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin. Para pedagang dan petani selalu menjadi korban, sehingga yang kaya semakin kaya, yang lemah semakin melarat hidupnya.
Nabi Syuaib berusaha menyeru kaumnya, namun mereka engkar. Diturunkan Allah swt keatas mereka hawa udara yang sangat panas hingga dahaga yang amat dan kepanasan yang membakar kulit. Kemudian muncul gumpalan awan hitam yang tebal dijatuhkan keatas mereka diiringi petir dan gemuruh ledakan yang dahsyat, semetara bumi bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka mati betimbunan.

Firaun dan Bani Israil.
-Kaum Bani Israil sering ditindas, maka Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Harun diutus untuk memimpin dan membebaskan mereka daripada kekejaman firaun. Firaun bukan sahaja kufur dan angkuh, malah mengaku dirinya Tuhan. Nabi Musa bersama orang beriman diarahkan Allah melarikan diri, merentasi Laut Merah yang terbelah, Firaun dan tenteranya yang mengejar merekaditenggelamkan oleh laut yang bertingkup.

Ashabus Sabt.
-Segolongan dari kaum Bani Israil yang fasiq di Kota Eliah. Mereka telah melangga larangan Allah swt supaya tida menangkap ikan pada hari SAbtu, kerana ia khusus untuk beribadat. Allah menguji mereka dengan mendatangkan ikan yang banyak pada hari tersebut, lantas tanpa menghiraukan larangan Allah, mereka telah melakukan helah untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Lalu Allah Taala melaknat mereka menjadi kera yang hina.

Ashabul Rass.
-Rass adalah nama bagi telaga yang kering airnya, dinamakan kepada suatu kaum iaitu kaum Rass. Mereka adalah penduduk salah sebuah kampung yang terletak di Daerah Thamud. diutus seorang Nabi yang bernama Hanzalah Bin Sofuan namun mereka mendustakannya, malah hingga membunuhnya dan dicampak ke dalam telaga. Allah swt telah binasakan penduduk kampung ini dengan kemarau yang dahsyat, sehingga kaum ini lenyap dari muka bumi.

Kaum Tubba'.
-Tubba' adalah seorang yang berbangsa Himyar. Dia merupakan salah seorang Raja Himyar yang beriman tetapi kaumnya tetap kafir sehingga melampaui batas, maka Allah swt binasakan mereka. Selepas peristiwa itu, lafaz Tubba' menjadi gelaran kepada raja-raja Yaman.

Tuesday, August 3, 2010

Oasis Of the Sea....

Salam semua, rsa mcm dh lma dh x update blog nie...hihihi...sekarang ni mmg sibuk sangat, (sibuk dari segi mana pun x tau la..), tapi mmg sibuk la...ade aje program kena attend, fuhh...
Sejak masuk dalam bidang marine ni, hidup ni rsa lain pulak.. kalo dulu tgk kapal, mulut terkumat-kamit cakap kapal tu besar la,kecik la, buruk la, etc.....TAPI sekarang ni bile tgk kapal, siap bleh classified lg kapal jenis ape (bulk carrier, catamaran, trimaran, frigate...bla3),pki enjin jenis ape, maximum speed kapal(knot),  istilah2 kapal (hull,superstructure, bow ,stern, propeller,rudder, anchor,.....bla3)....hurm...nk jadi arkitek la katakan,basic2 words tu kna la tau..hahaha
Pagi & petang smlm, ade visiting professor from St. Petersburg,Russia... nama dia Prof Kiril V. Rozhdezvensky, he gave a talk about "Flapping Wing Propulsion" &"Theory and Practice of Application of Spoiler/Interceptor on Fast Ship".....FYI, selama die bg speech , sepatah haram aku  xfhm theory2 yg die present...pelat english+russia= membuatkan aku susah nk catch ayat die....student mcm aku (bleh consider marine freshie) diberi high level talk oleh org yg bukan calang2....mmg x mampu la....tp segala usaha aku menahan mengantuk ,akhirnya diberi jugak 'certificate of attendance'...(jadila..)

OK, disebabkan aku dh involved dalam bidang marin ni, aku nak expose korang dgn salah satu kapal besar punye.....iaitu kapal 'Cruise' yg diberi nama "OASIS OF THE SEA".....pernah dengar x..????
Cruise ni dimiliki sepenuh nya oleh Royal Carribean International (kebanyakan cruise kt malaysia pun milik company ni jugak) ......dibuat di Finland & di-register di Bahamas...
Besar x...????
This is the list of characteristic of this cruise:

cost          : US$1.4 billion (2006)
complete   :  28 October 2009
launched    : 22 November 2008
LOA(length overall) : 360 m
Height         : 72 m 
Speed         : 22.6 knots (41.9 km/h)
Decks         : 16 passenger decks
Capacity     : 5,400 passengers
Crew          : 2,165

untuk pengetahuan korang , dalam cruise ni ada:
        -several casino
        -several bar & lounge
        -mini-golf
        -nurseries
        -karaoke club
        -5 swimming pool
        -comedy club
        -volleyball & basketball court
        -theme parks
tetapi malangnya, aku x dpt attach skali video2 tntg cruise sbb internet di sini teramat lah #^@^%$.....
tapi jangan risau , my next post , i'll attach all the videos -in the making of oasis os the sea....
Sekian...